Monday, 10 June 2013

SYEIKH QARDHAWI SUDAH, KITA BILA LAGI..?

"Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di Damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Penaung Kesatuan Ulama Dunia

Kedengaran pula suara-suara yang meminta supaya tidak menyokong rakyat Syria yang bangkit menentang Basyar Assad kerana mereka didalangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Di setengah negara, rakyat yang bangkit menentang ini dikatakan 'pemberontak'. Sedang di seluruh dunia mereka ini dirujuk sebagai 'tentera pembebasan Syria' (FSA - Free Syria Army). Untuk menyokong dakwaan ini dipaparkan beberapa bukti kononnya 'tentera pemberontak' ini mendapat bantuan dari luar (Barat) dan dikesan menggunakan senjata dari Israel.

Apakah saya akan menafikannya? 

Saya tidak akan menafikannya. Tetapi kita hendaklah menyedari apabila rakyat Syria diperangi oleh kerajaannya sendiri, maka sudah tentu di sana ada pelbagai kecenderungan yang rencam di kalangan rakyat Syria yang bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Walaupun mereka disatukan di bawah satu payung iaitu FSA (Free Syria Army) namun masih wujud pelbagai kumpulan bersenjata yang bebas dan tidak terikat dengan FSA. Tiada siapa yang dapat memantau atau memastikan dari mana mereka memperolehi senjata dan bantuan kewangan. Tetapi baik FSA atau mana-mana kumpulan yang mempertahankan diri mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan untuk menghadapi tentera Basyar Assad yang menggunakan senjata konvensyenal dan berat (kereta kebal dan jet pejuang) untuk membedil rakyat.
Tengku Umar & Cut Nyak Dien,
pejuang sejati Acheh


Dalam sejarah rantau nusantara saya boleh kemukakan satu contoh pengalaman serupa. Ketika rakyat Aceh menentang Belanda dari tahun 1873 hingga 1913, pasangan Teungku Umar-Cut Nyak Dien (suami isteri) bolih memberikan gambaran yang selari. Cut Nyak Dien (isteri) adalah pimpinan utama umat Islam Aceh terutama di Meulaboh. Suaminya Teungku Umar telah berkerjasama dengan Belanda sehingga dibekalkan dengan pelbagai senjata oleh penjajah Belanda. ia adalah satu percaturan yang licik di mana selama dua tahun Tengku Umar telah dicop sebagai pengkhianat, tetapi apa yang berlaku ialah Tengku Umar yang diberi kepercayaan oleh Belanda menguasai lapangan sehingga mereka mempunyai keupayaan ketenteraan yang cukup ampuh untuk berhadapan dengan Belanda. Beliau telah 'berpaling tadah' dan menjadi PENO (public enemy No One) kepada kerajaan kolonial Belanda sehingga sebuah 'board game' yang terkenal seperti 'Monopoly' dicipta di Belanda iaitu 'Teungku Umar Speel' - permainan kanak-kanak yang mana objektifnya ialah untuk membunuh figura Tengku Umar. Di masa yang sama Cut Nyak Dien telah memperoleh bekalan senjatanya dari pedagang-pedagang Portugis yang mengambil kesempatan dari Perang Aceh untuk membina empire perniagaan mereka di Sumatera. Tanyakan sahabat-sahabat kita di Indonesia - siapa yang tidak kenal Cut Nyak Dien yang diangkat sebagai pahlawan Nasional Indonesia.

TENTERA PEMBEBAS SYRIA GUNA SENJATA ISRAEL?

Adakah sesuatu yang pelik apabila pejuang Syria di kesan menggunakan senjata Israel? Jika benar sekalipun apakah ia satu insiden yang terpencil atau suatu yang 'common place' sehingga secara empirikalnya kita boleh membuat kesimpulan FSA dan pejuang Syria dibekalkan senjata oleh Israel - dan kita membuat kesimpulan dari 'isolated incident' (isu terpencil) ini untuk melabel FSA dan pejuang Syria bersekongkol dengan Israel?

Ketika saya dan seorang rakan menjalankan kerja kemanusiaan di Mindanao pada tahun 2000 apabila umat Islam di Mindanao (Camp Abu Bakar) di bedil dan diserang dari udara oleh Kerajaan Filipina, saya melihat sendiri bagaimana pejuang MILF menggunakan senjata tentera Filipina. Dan senjata ini mereka tidak perolehi dari mayat tentera Filipina yang terbunuh dalam peperangan tetapi diserahkan oleh tentera Filipina kepada mereka walaupun mereka sedang berperang di medan terbuka?

Kita tidak perlu tahu apa yang berlaku di medan tetapi hakikatnya cukup kompleks. Ia tidak semudah kita yang hidup dalam suasana aman di Malaysia ini. 'Their minds are wired differently' kerana mereka berada dalam suasna 'life and death'. Kita juga akan mencari pelbagai helah dan jalan yang tidak konvensyenal untuk mempertahankan nyawa diri dan keluarga di saat genting seperti itu.



Masih tetap menyokong Basyar selepas melihat gambar ini?
Ini antara bukti daripada beribu-beribu gambar yang ada
Maka nasihat saya tak payahlah mencari video-video yang terpencil untuk menuduh dan 'membuktikan' pejuang Syria sebagai alat Amerika. satu video yang dipaparkan sebagai bukti pejuang Syria di sokong US ada ribuan video rakyat Syria disembelih oleh tentera Basyar Assad dan saya nak tanya dari mana Basyar Assad mendapat bantuan kewangan dan senjata. Rusia terang-terang menyokong Basyar Assad, begitu juga Cina. Bahkan Iran Syiah terang-terangan membantu tentera Basyar Assad. Kenapa kita tidak sensitif bila Basyar Assad di bantu oleh Rusia tetapi cepat-cepat buat kesimpulan dangkal bahawa FSA dibantu US dan Israel berdasarkan beberapa klip video yang terpencil? Bersikap adil lah dalam membaut penilaian.

Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Islam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (sejak awal 2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyar Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilanganya sudah mencecah 90,000. Dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. 

Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar Assad setiap hari secara puratanya.?"


#p/s: creadittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

[PERANGKAT-PERANGKAT TARBIYAH IKHWANUL MUSLIMIN]

[MUQADDIMAH]


Salam ikhwah. Alhamdulillah dapat juga saya merealisasikan impian saya untuk menghasilkan sebuah tulisan sipnosis mengenai buku-buku tarbiah yang mungkin kita dapat gunakan dalam kehidupan harian kita.

Mengapa seorang ikhwah perlu membaca buku ini? 


Buku Perangkat-Perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin tulisan Ali Abdul Halim Mahmud (salah seorang ulama' Azhar) telah diterbitkan oleh Era Intermedia serta menterjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia. Judul sebenar buku ini adalah dalam versi Bahasa Arab 
وسئِل التربية عِندَ الإخوان المسلمون . Perkataan 'perangkat' dalam Bahasa Malaysia bermakna peranti, alat atau wasilah. Buku ini didahului dengan kata pengantar oleh Anis Matta, Lc. Mengandungi 376 muka surat, buku ini mengandungi 2 bab utama: Bab 1 > Tujuan-tujuan tarbiyah dalam Ikhwanul Muslimin. Bab 2 > Beberapa perangkat tarbiyah Ikhwanul Muslimin.

Oleh itu, akan saya rungkalkan secara ringkas dengan mengambil bahagian-bahagian penting dalam buku ini yang mana bagi saya, ianya perlu diketahui oleh setiap ikhwan yang ingin bersama dengan tarbiyah ini hingga akhirnya. التربية مدل الحية .





Sunday, 9 June 2013

[USA DALANG REVOLUSI SYRIA?]

Amerika didakwa berada di belakang kebangkitan rakyat Syria? Masih ramai umat Islam terutama di Malysia ragu-ragu dengan perjuangan rakyat Syria selama lebih 2 tahun ini. Berikut adalah ulasan daripada FB Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia:



Bendera FSA, panji asal Syria sebelum Rejim Assad
"Amerika dikatakan menyokong FSA (Free Syria Army). Fahami agenda Kuasa besar sepanjang zaman. Semua kuasa besar barat bermula dengan Portugis/Sepanyol dan saingan-sainganya Belanda, British dan German berhasrat untuk membentuk dominasi dunia (world domination) melalui penjajahan langsung. Pasca perang Dunia ke-2, dua kuasa besar dunia iaitu AS dan Soviet Union terlibat dalam perang dingin untuk meneruskan dominasi tersebut. Dominasi ini tidak lagi dalam bentuk pendudukan ketenteraan tetapi dalam bentuk hegemoni atau 'indirect rule' di mana kedua dua negara membentuk 'politico-military' dominance ke atas negara-negara bangsa yang lain.


Kita menyaksikan pelbagai konflik di beberapa kawasan geo-politik yang bergolak seperti Timur Tengah, IndoChina, Horn of Africa (Somalia, Djibouti, Ethiopia), Timur Jauh (Semenanjung Korea) bermula pada tahun 1950'an sehingga 1980'an. Ini diikuti dengan tewasnya Soviet Union di Afghanistan sekaligus menamatkan kuasa besar dunia itu dan melahirkan satu kuasa unipolar yang diterajui oleh AS. Namun AS meneruskan agenda untuk mengekalkan hegemoni politik antarabangsanya kerana kini saingan hidupnya bukan lagi Blok Timur/Komunis tetapi oleh kebangkitan Islam. Cabaran dari kebangkitan Islam ini terus dibendung dengan membiayai dan menopang regim-regim Arab yang bertindak menekan gerakan Islam di negara masing-masing. Rejim-rejim diktator Arab ini juga menjadi benteng yang ampuh untuk menjamin keselamatan Israel melalui pelbagai perjanjian perdamaian dan hubungan diplomatik yang sentiasa menguntungkan Israel. Diktator Arab ini pula terus kenyang dengan habuan ekonomi dari AS yang bertujuan bukan untuk membangunkan ekonomi negara negara Arab tetapi untuk mengekalkan dinasti keluarga dan rejim yang korup. Amerika yang beriman dengan sistem demokrasi cuba bersungguh untuk memastikan demokrasi dinafikan di negara-negara Arab.

Apakah perjuangan suci rakyat didalangi AS dan Yahudi sebagai  perancangnya?
Kini rejim-rejim korup ini ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Kezaliman tidak dapat dipertahankan. Kezaliman melampau telah menyebabkan rakyat sendiri bangkit untuk mengakhiri penganiayaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat puluhan tahun lamanya. Apabila Amerika sendiri tidak mampu untuk mengekalkan rejim-rejim yang korup ini, maka pendekatan baru harus diambil. Kerana yang penting bukan mengekalkan kerajaan yang korup. Rejim yang korup hanyalah alat bagi mencapai tujuan. 

Apakah tujuan US? 

Polis atau Penakluk Dunia?


Tujuan AS yang paling penting ialah mengekalkan kepentingan ekonomi dan strategik di timur tengah. Kepentingan paling strategik ialah mengekalkan kedudukan Israel. Jadi rejim-rejim korup ini tidak akan dipertahankan apabila ia dilihat tidak mampu ditopang apabila berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat. Strategi terbaik ialah cuba untuk 'ride on the revolution'. AS cuba untuk dilihat memihak kepada rakyat supaya apabila berlaku regime change (pertukaran pemerintahan) kepentingan Amerika tidak terjejas. Sebab itulah kita mendengar bagaimana kebangkitan rakyat Libya bahkan kebangkitan rakyat Mesir yang mana Ikhwanul Muslimin adalah penggerak utamanya dikatakan didalangi atau sebahagian dari agenda US. Walhal ia hanyalah satu strategi untuk cuba mempengaruhi kebangkitan rakyat. Rakyat yang bangkit mahu menumbangkan sistem diktator yang mencengkam mereka selama ini. Siapa pun boleh membuat dakwaan apa sahaja. Yang penting rejim korupsi itu ditamatkan dan rakyat boleh bernafas lega untuk satu perubahan ke arah pemerintahan yang lebih adil dan memulihkan kemuliaan insan yang selama ini dipijak-pijak oleh rejim yang zalim.

Inilah permainan yang dilakukan oleh kelompok yang tidak mahu melihat perubahan di timur tengah termasuk di Syria. Mereka mewarnakan wajah-wajah kebangkitan ini kononnya ia didalangi oleh Barat dan AS. Walhal rakyat bangkit untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Amerika akan cuba mempengaruhi kebangkitan tersebut dengan pelbagai strategi licik mereka, namun rakyat yang akan menentukan samada mereka meraikan atau menolak campur tangan asing. Dan mereka termasuk di Syria lebih bijak dari pengulas-pengulas dan pemerhati di luar sana. Rakyat Syria akan menentukan hala tuju kebangkitan di negara mereka sendiri dan mereka akan memastikan tidak ada tangan-tangan yang ditaja oleh kuasa besar yang akan mengelincirkan perjuangan rakyat untuk membebaskan diri mereka dari penguasaan sesiapapun samada dari bangsa sendiri atau orang asing."


p/s: creadittodrmohdhafidzimohdnooraqsasyarifmalaysia

AS-SYAHID ADNAN MENDERES

Mari kenali siapakah Adnan Menderes.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti pembangkang rasmi ke-4 di Turki.




Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Juruterbang pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk (baca: Kamal Terkutuk) ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950, beliau bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

1-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
2-Ibadah haji diizinkan.
3-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
4-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar.

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Ataturk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung.

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Recep Tayip Erdogan, Perdana Menteri Turki
dan Presiden Parti AKP kini

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

#p/s: creadittofacebookwalluser2013

Sunday, 4 December 2011

Si Pemimpin Pembelaku

Masa itu hanya tempoh,
Detik yg  akan ditempuh,
Harungi dengan ampuh,
Tanpa rasa luluh,
Kerana ia ciptaan empunya roh,
Siapa kita mahu menceroboh,
Mengubah atau mengeluh.

Ketahuilah bahawa,
Tarikh itu hanya angka,
Yg ditetap manusia,
Bagi memudahkan  kerja,
Juga menetapkan rencana,
Namun hakikatnya,
Ia hanya mainan dunia,
Boleh diubah dan dirangka.

Oleh itu wahai kanda,
Izinkan daku berkata,
Sebuah bait berirama,
Selamat berdewasa,
Moga senantiasa bahagia,
Waima,
Tabah berjuang demi agama.

Buat si pemimpin pembelaku
Moga gelaran itu
Persis perihal dirimu.


penulis :


Si Helang Merah

Sunday, 8 May 2011

Panji Agama

Panji agama telah terkulai,
Dirampas oleh tangan pencacai,
Dari kita yg lalai,
Yang hanya mampu mengeluh 'Aduahai..

Ayuh sahabatku!
Ramai telah pergi dahulu,
Pergi mendapatkan rindu,
Rindu Dia yg satu,
Bila pula gilranmu?
Menanti saat alam ini berkecai satu persatu?
Tatkala itu semuanya hanya palsu..

Mari!
Mari kita mendaki,
Menuju puncak hakiki,
Agar umat kini,
Hidup dalam realiti,
Realiti islam itu ad-Deeni.

Wahai umat islam!
Marilah berjuang dengan kalimah alam,
Menengakkan ustiazatul alam,
Agar umat islam,
Mentadbir hak alam..


nukilan

Si Helang Merah

Wednesday, 27 April 2011

Pesanan Akhir.
















Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,


Maka di atas tulang-tulangku yg hancur luluh,


Nyalakan obor buat umat ini,


Dan......

.Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara!


Kematian adalah suatu perjalanan,


Mendapatkan kekasih yg sedang merindu,


Taman-taman di syurga tuhanku bangga  menerimaku,


Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,


Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara!Puaka kegelapan pasti akan hancur,


Dan alam ini akan disinari fajar lagi,

Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya,


Janganlah gentar berkelana di alam abadi,


Nun di sana fajar sedang memancar....

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid)

Nukilan : As-Syahid Sayyid Qutb
Terbitan : Petunjuk Sepanjang Zaman
Ditulis : Si Helang Merah