Amerika didakwa berada di belakang kebangkitan rakyat Syria? Masih ramai umat Islam terutama di Malysia ragu-ragu dengan perjuangan rakyat Syria selama lebih 2 tahun ini. Berikut adalah ulasan daripada FB Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia:
Bendera FSA, panji asal Syria sebelum Rejim Assad |
Kita menyaksikan pelbagai konflik di beberapa kawasan geo-politik yang bergolak seperti Timur Tengah, IndoChina, Horn of Africa (Somalia, Djibouti, Ethiopia), Timur Jauh (Semenanjung Korea) bermula pada tahun 1950'an sehingga 1980'an. Ini diikuti dengan tewasnya Soviet Union di Afghanistan sekaligus menamatkan kuasa besar dunia itu dan melahirkan satu kuasa unipolar yang diterajui oleh AS. Namun AS meneruskan agenda untuk mengekalkan hegemoni politik antarabangsanya kerana kini saingan hidupnya bukan lagi Blok Timur/Komunis tetapi oleh kebangkitan Islam. Cabaran dari kebangkitan Islam ini terus dibendung dengan membiayai dan menopang regim-regim Arab yang bertindak menekan gerakan Islam di negara masing-masing. Rejim-rejim diktator Arab ini juga menjadi benteng yang ampuh untuk menjamin keselamatan Israel melalui pelbagai perjanjian perdamaian dan hubungan diplomatik yang sentiasa menguntungkan Israel. Diktator Arab ini pula terus kenyang dengan habuan ekonomi dari AS yang bertujuan bukan untuk membangunkan ekonomi negara negara Arab tetapi untuk mengekalkan dinasti keluarga dan rejim yang korup. Amerika yang beriman dengan sistem demokrasi cuba bersungguh untuk memastikan demokrasi dinafikan di negara-negara Arab.
Apakah perjuangan suci rakyat didalangi AS dan Yahudi sebagai perancangnya?
|
Kini rejim-rejim korup ini ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Kezaliman tidak dapat dipertahankan. Kezaliman melampau telah menyebabkan rakyat sendiri bangkit untuk mengakhiri penganiayaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat puluhan tahun lamanya. Apabila Amerika sendiri tidak mampu untuk mengekalkan rejim-rejim yang korup ini, maka pendekatan baru harus diambil. Kerana yang penting bukan mengekalkan kerajaan yang korup. Rejim yang korup hanyalah alat bagi mencapai tujuan.
Apakah tujuan US?
Polis atau Penakluk Dunia? |
Tujuan AS yang paling penting ialah mengekalkan kepentingan ekonomi dan strategik di timur tengah. Kepentingan paling strategik ialah mengekalkan kedudukan Israel. Jadi rejim-rejim korup ini tidak akan dipertahankan apabila ia dilihat tidak mampu ditopang apabila berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat. Strategi terbaik ialah cuba untuk 'ride on the revolution'. AS cuba untuk dilihat memihak kepada rakyat supaya apabila berlaku regime change (pertukaran pemerintahan) kepentingan Amerika tidak terjejas. Sebab itulah kita mendengar bagaimana kebangkitan rakyat Libya bahkan kebangkitan rakyat Mesir yang mana Ikhwanul Muslimin adalah penggerak utamanya dikatakan didalangi atau sebahagian dari agenda US. Walhal ia hanyalah satu strategi untuk cuba mempengaruhi kebangkitan rakyat. Rakyat yang bangkit mahu menumbangkan sistem diktator yang mencengkam mereka selama ini. Siapa pun boleh membuat dakwaan apa sahaja. Yang penting rejim korupsi itu ditamatkan dan rakyat boleh bernafas lega untuk satu perubahan ke arah pemerintahan yang lebih adil dan memulihkan kemuliaan insan yang selama ini dipijak-pijak oleh rejim yang zalim.
Inilah permainan yang dilakukan oleh kelompok yang tidak mahu melihat perubahan di timur tengah termasuk di Syria. Mereka mewarnakan wajah-wajah kebangkitan ini kononnya ia didalangi oleh Barat dan AS. Walhal rakyat bangkit untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Amerika akan cuba mempengaruhi kebangkitan tersebut dengan pelbagai strategi licik mereka, namun rakyat yang akan menentukan samada mereka meraikan atau menolak campur tangan asing. Dan mereka termasuk di Syria lebih bijak dari pengulas-pengulas dan pemerhati di luar sana. Rakyat Syria akan menentukan hala tuju kebangkitan di negara mereka sendiri dan mereka akan memastikan tidak ada tangan-tangan yang ditaja oleh kuasa besar yang akan mengelincirkan perjuangan rakyat untuk membebaskan diri mereka dari penguasaan sesiapapun samada dari bangsa sendiri atau orang asing."
p/s: creadittodrmohdhafidzimohdnooraqsasyarifmalaysia
No comments:
Post a Comment