" Boikot ke atas agenda Zionis bermula pada tahun 1929, 22 tahun sebelum berdirinya negara haram Israel. Ianya ditujukan kepada kedai-kedai pendatang Yahudi yang beroperasi di wilayah Palestin di bawah mandat British. Jawatankuasa Eksekutif Arab untuk Kongres Syria-Palestin juga telah mengistiharkan boikot pada tahun 1933/1934. Arab Labour Federation (Persekutuan Tenaga kerja Arab) melancarkan boikot ke atas produk Zionis pada tahun 1936. Usaha ini mengambil bentuk yang lebih serius pada 2 Disember 1945 apabila Liga Arab ditubuhkan dan mengistiharkan
"Jewish products and manufactured goods shall be considered undesirable to the Arab countries." All Arab (institutions, organizations, merchants, commission agents and individuals) were called upon to refuse to deal in, distribute, or consume Zionist products or manufactured goods."
(Produk Yahudi dan barangan pembuatan kilang adalah dianggap tidak dikehendaki di negara-negara Arab. Kesemua rakyat Arab (Institusi, organisasi, peniaga, agen dan individu) diseru untuk enggan berurusan, mengedar atau menggunakan produk dan barangan Zionis).
Boikot telah lama dilaksanakan sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.
![]() |
Produk-produk Zionis. Adakah anda sudah mulai memboikot mereka? |
Pandangan Dr Yusuf al Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia), Syeikh Faisal Maulawi (meninggal 1970; wakil Dewan Fatwa dan Kajian Eropah) dan Guru Besar Syariah Universiti al Azhar, Prof Hussein Shahatah berpendapat boikot adalah senjata yang berkesan pada sepanjang masa, baik pada masa lampau atau di masa sekarang dan akan datang. Kerana tujuan utama boikot ialah sebagai pengajaran dan mendatangkan kesedaran kepada individu dan masyarakat. Maka kesan dari boikot tidak perlu dibangkitkan, samada kecil atau besar impaknya. Ini adalah kerana natijah dari boikot ini akan dirasai pada masa akan datang iaitu terbentuknya satu gelombang kesedaran massa/nasional yang mungkin tidak signifikan pada masa sekarang.
![]() |
Bam Dates, antara produk Iran yang perlu diboikot |
Jadi umat Islam diseru supaya istiqamah dengan boikot Israel dan boikot produk Iran. Kerana objektif utama dari boikot ialah menimbulkan kesedaran. Mudah-mudahan dengan bersabar mendukong kempen boikot ini ia akan menjadi satu saluran tarbiyah yang mempunyai kesan jangka panjang."
#p/s: credittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia
No comments:
Post a Comment