Showing posts with label Dunia Islam Kini. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam Kini. Show all posts

Monday, 17 June 2013

[FATWA DARIPADA MUKTAMAR SYRIA]

" Dengan pendirian yang amat jelas Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap Iran dan Hizbullah (Baca: Hizbu Syaitan)yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah umat Islam di negara ini khususnya menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari rejim Basyar Assad yang zalim

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki .



Muktamar Syria
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.


4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain"

(Syeikh Raed Solah, Pemimpin Gerakan Islam Palestin wilayah 1948 turut hadir dalam muktamar ini dan menegaskan 'Hari ini Damsyik (dibebaskan) esok Baitul Makdis pula!



Dr. Hafidzi Mohd Noor bersama Syeikh Raed Solah
#p/s: credittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

Sunday, 16 June 2013

[IRAN SEKUTU ATAU SETERU?]

"Rakan FB bertanya jika Iran musuh kepada umat Islam kenapa Iran memusuhi Amerika.

Asasnya amat mudah. Perang dan permusuhan tidak semestinya sehala - melibatkan dua pihak sahaja. Permusuhan atau perseteruan boleh wujud di antara tiga atau lebih pihak. Ini bermakna peperangan boleh berlaku dalam bentuk tiga penjuru atau empat penjuru bahkan lebih.

Di dunia ini hanya ada satu al-Haq (kebenaran/cahaya) tetapi kebatilan ada kepelbagaian. Kebatilan yang pelbagai ini akan cuba mengatasi al-Haq yang satu. Justeru untuk mengalahkan al-Haq yang satu itu, maka kebatilan yang pelbagai ini ada kalanya akan bersama dan ada kalanya akan bermusuhan. Perhubungan di antara kebatilan dengan kebatilan tidak pernah tetap. Mereka boleh berada pada pola yang bertentangan dan adakalanya dilihat bersama walaupun tidak bergabung. Lebih mengelirukan lagi, satu atau lebih kebatilan dilihat mendukong agenda yang sama dengan al-Haq untuk menghadapi musuhnya. Musuh ini pula adalah musuh bersama (common enemy). Bahkan kesamaan tujuan ini dijadikan alasan pula untuk mengajak kepada perpaduan dengan al-Haq untuk menghadapi musuh yang dilabel dengan label-label seperti 'The Great Satan'.
Ismael Haniyeh, Perdana Menteri Palestin,
Ketua Pergerakan HAMAS

Ahmadinejad, Presiden Iran kini












Dengan penjelasan yang ringkas ini kita boleh melihat hubungan atau pertembungan yang wujud di antara pelbagai 'players' di timur tengah. Iran, Hizbullah (Baca: Hizbu Syaitan), HAMAS, Regim Basyar Assad, Israel, Russia, China, US dan sebagainya.

Jadi fahami lah hakikat taghut, tughyan dan jahiliyah. Kesemua kebatilan ini mempunyai topeng yang pelbagai. Al-Haq tidak mengenakan topeng. Al-Haq akan memaparkan wajahnya yang sebenar iaitu semata-mata al-Haq. Sedang kebatilan dalam keadaan tertentu bolih mengenakan topeng al Haq untuk menyembunyikan wajah kebatilannya yang sebenar.

Kembalilah kepada ilmu, bukan sentimen. Berpeganglah kepada fakta, bukan khayal dan andaian."


#p/s: credittodrmohdhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

MESIR PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN SYRIA TAPI BUKAN DENGAN ISRAEL?


"Ada yang persoal kenapa Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria tetapi masih mengekalkan hubungan dengan Israel.

Jawapannya seperti berikut:

Hubungan diplomatik di antara Mesir dan Syria tidak sama dengan perjanjian damai 'Camp David Accord' di antara Mesir dan Israel.


Adalah hak mana-mana negara yang berdaulat untuk mengadakan mana-mana hubungan diplomatik dengan negara lain, dan berhak pula untuk memutuskan atau menamatkan hubungan tersebut. Tidak ada pihak ketiga yang bolih memaksa atau menghalang untuk sebuah negara menjalin atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Hubungan yang wujud di antara Mesir dan Israel bukan hubungan diplomatik biasa tetapi hubungan yang terhasil dari sebuah perjanjian antarabangsa Camp David Accord yang ditanda tangani oleh Mesir (Anwar Sadat) dan Israel (Menachem Begin) pada tahun 1978 yang di'broker' atau dimudah cara (lebih tepat diawasi/dipantau) oleh US. Ia adalah satu perjanjian yang mengikat dan meletakkan Mesir sebagai sebuah negara yang tidak akan menggugat keselamatan Israel. Ia adalah satu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh US dan dipantau oleh EU (European Union / Kesatuan Eropah). Ia adalah produk sejarah ketika Mesir berada di bawah telunjuk dan menjadi proxy US di timur tengah dengan package ekonomi yang hanya menguatkan cengkaman pemerintahan totalitarian (dictatorship) sejak dari zaman Anwar Sadat sehingga tumbangnya Hosni Mubarak di tangan rakyat Mesir.



Dari kiri: Anwar Sadat, Jimmy Carter dan Begin
Artikel II dari Camp David Accord adalah seperti berikut:

Article II
“The permanent borders between Egypt and Israel are the international and recognized boundary lines between Egypt and the territory of Palestine, which was formerly under mandate, as explained on the map (annex ND2), without this affecting the question of the states of the Gaza Strip. The two parties declare that these borders are inviolable and that each will respect the territorial integrity of the other…”


Rumusan terjemahan:

Sempadan Mesir dan Israel adalah sempadan antarabangsa yang kekal dan diiktiraf.
Pengistiharan ini tidak menyentuh persoalan negeri Gaza
Kedua pihak (Mesir & Isreal) akan menghormati kedaulatan wilayah satu sama lain

Perjanjian Camp David ini amat berat sebelah dan ini bolih dilihat pada peruntukan berikut:

Israel be given “the right of free passage through the Suez Canal and its openings in the Suez Gulf… the Mediterranean…, Straits of Tiran and Aqaba Gulf”


Israel diberi hak untuk menggunakan terusan Suez dan pintu masuk di Teluk Suez, Laut Mediterranean, Selat Tiran dan Teluk Aqaba (lihat peta)



Ketika Presiden Morsi memenangi Pilihanraya Presiden, antara kenyataan awal beliau ialah berkaitan dengan perjanjian damai Mesir dan Israel. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa meskipun Mesir mengakui Perjanjian Camp David namun ia tidak bermakna Mesir baru bersetuju dengan syarat perjanjian yang merugikan Mesir dan Palestin. Beliau berikrar untuk melihat Mesir bebas dari belenggu yang mengikat batang lehernya. Namun ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan membatalkan perjanjian tersebut secara sehala. InsyaAllah kesempatan-kesempatan politik dan perubahan sosio-politik timur tengah satu hari nanti akan melihat perjanjian damai Camp David dibatalkan atau syarat-syaratnya dipinda sehingga Mesir mempunyai hak untuk menentukan halatuju hubungan Mesir -Israel termasuklah kemungkinan besar memutuskan hubungan diplomatik dengan entiti Zionis tersebut."


#p/s: creadittodrmohdhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

Monday, 10 June 2013

SYEIKH QARDHAWI SUDAH, KITA BILA LAGI..?

"Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di Damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Penaung Kesatuan Ulama Dunia

Kedengaran pula suara-suara yang meminta supaya tidak menyokong rakyat Syria yang bangkit menentang Basyar Assad kerana mereka didalangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Di setengah negara, rakyat yang bangkit menentang ini dikatakan 'pemberontak'. Sedang di seluruh dunia mereka ini dirujuk sebagai 'tentera pembebasan Syria' (FSA - Free Syria Army). Untuk menyokong dakwaan ini dipaparkan beberapa bukti kononnya 'tentera pemberontak' ini mendapat bantuan dari luar (Barat) dan dikesan menggunakan senjata dari Israel.

Apakah saya akan menafikannya? 

Saya tidak akan menafikannya. Tetapi kita hendaklah menyedari apabila rakyat Syria diperangi oleh kerajaannya sendiri, maka sudah tentu di sana ada pelbagai kecenderungan yang rencam di kalangan rakyat Syria yang bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Walaupun mereka disatukan di bawah satu payung iaitu FSA (Free Syria Army) namun masih wujud pelbagai kumpulan bersenjata yang bebas dan tidak terikat dengan FSA. Tiada siapa yang dapat memantau atau memastikan dari mana mereka memperolehi senjata dan bantuan kewangan. Tetapi baik FSA atau mana-mana kumpulan yang mempertahankan diri mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan untuk menghadapi tentera Basyar Assad yang menggunakan senjata konvensyenal dan berat (kereta kebal dan jet pejuang) untuk membedil rakyat.
Tengku Umar & Cut Nyak Dien,
pejuang sejati Acheh


Dalam sejarah rantau nusantara saya boleh kemukakan satu contoh pengalaman serupa. Ketika rakyat Aceh menentang Belanda dari tahun 1873 hingga 1913, pasangan Teungku Umar-Cut Nyak Dien (suami isteri) bolih memberikan gambaran yang selari. Cut Nyak Dien (isteri) adalah pimpinan utama umat Islam Aceh terutama di Meulaboh. Suaminya Teungku Umar telah berkerjasama dengan Belanda sehingga dibekalkan dengan pelbagai senjata oleh penjajah Belanda. ia adalah satu percaturan yang licik di mana selama dua tahun Tengku Umar telah dicop sebagai pengkhianat, tetapi apa yang berlaku ialah Tengku Umar yang diberi kepercayaan oleh Belanda menguasai lapangan sehingga mereka mempunyai keupayaan ketenteraan yang cukup ampuh untuk berhadapan dengan Belanda. Beliau telah 'berpaling tadah' dan menjadi PENO (public enemy No One) kepada kerajaan kolonial Belanda sehingga sebuah 'board game' yang terkenal seperti 'Monopoly' dicipta di Belanda iaitu 'Teungku Umar Speel' - permainan kanak-kanak yang mana objektifnya ialah untuk membunuh figura Tengku Umar. Di masa yang sama Cut Nyak Dien telah memperoleh bekalan senjatanya dari pedagang-pedagang Portugis yang mengambil kesempatan dari Perang Aceh untuk membina empire perniagaan mereka di Sumatera. Tanyakan sahabat-sahabat kita di Indonesia - siapa yang tidak kenal Cut Nyak Dien yang diangkat sebagai pahlawan Nasional Indonesia.

TENTERA PEMBEBAS SYRIA GUNA SENJATA ISRAEL?

Adakah sesuatu yang pelik apabila pejuang Syria di kesan menggunakan senjata Israel? Jika benar sekalipun apakah ia satu insiden yang terpencil atau suatu yang 'common place' sehingga secara empirikalnya kita boleh membuat kesimpulan FSA dan pejuang Syria dibekalkan senjata oleh Israel - dan kita membuat kesimpulan dari 'isolated incident' (isu terpencil) ini untuk melabel FSA dan pejuang Syria bersekongkol dengan Israel?

Ketika saya dan seorang rakan menjalankan kerja kemanusiaan di Mindanao pada tahun 2000 apabila umat Islam di Mindanao (Camp Abu Bakar) di bedil dan diserang dari udara oleh Kerajaan Filipina, saya melihat sendiri bagaimana pejuang MILF menggunakan senjata tentera Filipina. Dan senjata ini mereka tidak perolehi dari mayat tentera Filipina yang terbunuh dalam peperangan tetapi diserahkan oleh tentera Filipina kepada mereka walaupun mereka sedang berperang di medan terbuka?

Kita tidak perlu tahu apa yang berlaku di medan tetapi hakikatnya cukup kompleks. Ia tidak semudah kita yang hidup dalam suasana aman di Malaysia ini. 'Their minds are wired differently' kerana mereka berada dalam suasna 'life and death'. Kita juga akan mencari pelbagai helah dan jalan yang tidak konvensyenal untuk mempertahankan nyawa diri dan keluarga di saat genting seperti itu.



Masih tetap menyokong Basyar selepas melihat gambar ini?
Ini antara bukti daripada beribu-beribu gambar yang ada
Maka nasihat saya tak payahlah mencari video-video yang terpencil untuk menuduh dan 'membuktikan' pejuang Syria sebagai alat Amerika. satu video yang dipaparkan sebagai bukti pejuang Syria di sokong US ada ribuan video rakyat Syria disembelih oleh tentera Basyar Assad dan saya nak tanya dari mana Basyar Assad mendapat bantuan kewangan dan senjata. Rusia terang-terang menyokong Basyar Assad, begitu juga Cina. Bahkan Iran Syiah terang-terangan membantu tentera Basyar Assad. Kenapa kita tidak sensitif bila Basyar Assad di bantu oleh Rusia tetapi cepat-cepat buat kesimpulan dangkal bahawa FSA dibantu US dan Israel berdasarkan beberapa klip video yang terpencil? Bersikap adil lah dalam membaut penilaian.

Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Islam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (sejak awal 2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyar Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilanganya sudah mencecah 90,000. Dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. 

Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar Assad setiap hari secara puratanya.?"


#p/s: creadittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia