Asasnya amat mudah. Perang dan permusuhan tidak semestinya sehala - melibatkan dua pihak sahaja. Permusuhan atau perseteruan boleh wujud di antara tiga atau lebih pihak. Ini bermakna peperangan boleh berlaku dalam bentuk tiga penjuru atau empat penjuru bahkan lebih.
Di dunia ini hanya ada satu al-Haq (kebenaran/cahaya) tetapi kebatilan ada kepelbagaian. Kebatilan yang pelbagai ini akan cuba mengatasi al-Haq yang satu. Justeru untuk mengalahkan al-Haq yang satu itu, maka kebatilan yang pelbagai ini ada kalanya akan bersama dan ada kalanya akan bermusuhan. Perhubungan di antara kebatilan dengan kebatilan tidak pernah tetap. Mereka boleh berada pada pola yang bertentangan dan adakalanya dilihat bersama walaupun tidak bergabung. Lebih mengelirukan lagi, satu atau lebih kebatilan dilihat mendukong agenda yang sama dengan al-Haq untuk menghadapi musuhnya. Musuh ini pula adalah musuh bersama (common enemy). Bahkan kesamaan tujuan ini dijadikan alasan pula untuk mengajak kepada perpaduan dengan al-Haq untuk menghadapi musuh yang dilabel dengan label-label seperti 'The Great Satan'.
Ismael Haniyeh, Perdana Menteri Palestin, Ketua Pergerakan HAMAS |
Ahmadinejad, Presiden Iran kini |
Dengan penjelasan yang ringkas ini kita boleh melihat hubungan atau pertembungan yang wujud di antara pelbagai 'players' di timur tengah. Iran, Hizbullah (Baca: Hizbu Syaitan), HAMAS, Regim Basyar Assad, Israel, Russia, China, US dan sebagainya.
Jadi fahami lah hakikat taghut, tughyan dan jahiliyah. Kesemua kebatilan ini mempunyai topeng yang pelbagai. Al-Haq tidak mengenakan topeng. Al-Haq akan memaparkan wajahnya yang sebenar iaitu semata-mata al-Haq. Sedang kebatilan dalam keadaan tertentu bolih mengenakan topeng al Haq untuk menyembunyikan wajah kebatilannya yang sebenar.
Kembalilah kepada ilmu, bukan sentimen. Berpeganglah kepada fakta, bukan khayal dan andaian."
#p/s: credittodrmohdhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia
No comments:
Post a Comment