Showing posts with label Daulah Syam. Show all posts
Showing posts with label Daulah Syam. Show all posts

Monday, 17 June 2013

[KENAPA PERLU BOIKOT ISRAEL & PRODUK IRAN? ]


" Boikot ke atas agenda Zionis bermula pada tahun 1929, 22 tahun sebelum berdirinya negara haram Israel. Ianya ditujukan kepada kedai-kedai pendatang Yahudi yang beroperasi di wilayah Palestin di bawah mandat British. Jawatankuasa Eksekutif Arab untuk Kongres Syria-Palestin juga telah mengistiharkan boikot pada tahun 1933/1934. Arab Labour Federation (Persekutuan Tenaga kerja Arab) melancarkan boikot ke atas produk Zionis pada tahun 1936. Usaha ini mengambil bentuk yang lebih serius pada 2 Disember 1945 apabila Liga Arab ditubuhkan dan mengistiharkan 

"Jewish products and manufactured goods shall be considered undesirable to the Arab countries." All Arab (institutions, organizations, merchants, commission agents and individuals) were called upon to refuse to deal in, distribute, or consume Zionist products or manufactured goods." 


(Produk Yahudi dan barangan pembuatan kilang adalah dianggap tidak dikehendaki di negara-negara Arab. Kesemua rakyat Arab (Institusi, organisasi, peniaga, agen dan individu) diseru untuk enggan berurusan, mengedar atau menggunakan produk dan barangan Zionis).

Boikot telah lama dilaksanakan sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.


Produk-produk Zionis. Adakah anda sudah mulai memboikot mereka?


Pandangan Dr Yusuf al Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia), Syeikh Faisal Maulawi (meninggal 1970; wakil Dewan Fatwa dan Kajian Eropah) dan Guru Besar Syariah Universiti al Azhar, Prof Hussein Shahatah berpendapat boikot adalah senjata yang berkesan pada sepanjang masa, baik pada masa lampau atau di masa sekarang dan akan datang. Kerana tujuan utama boikot ialah sebagai pengajaran dan mendatangkan kesedaran kepada individu dan masyarakat. Maka kesan dari boikot tidak perlu dibangkitkan, samada kecil atau besar impaknya. Ini adalah kerana natijah dari boikot ini akan dirasai pada masa akan datang iaitu terbentuknya satu gelombang kesedaran massa/nasional yang mungkin tidak signifikan pada masa sekarang.



Bam Dates, antara produk Iran yang perlu diboikot

Jadi umat Islam diseru supaya istiqamah dengan boikot Israel dan boikot produk Iran. Kerana objektif utama dari boikot ialah menimbulkan kesedaran. Mudah-mudahan dengan bersabar mendukong kempen boikot ini ia akan menjadi satu saluran tarbiyah yang mempunyai kesan jangka panjang."

#p/s: credittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

Sunday, 16 June 2013

SEJARAH BENDERA SYRIA


#p/s: credittofacebookwalluser

SYRIA_GROUND ZERO


Video Syria_Ground Zero


klik sini

Antara isi utama video ini:

Hospital Aleppo Dar As-Syiffa' turut dibom oleh Rejim Basyar
Para doktor akan dibunuh jika membantu mangsa kekejaman Rejim Basyar

Warisan Tamadun Islam, Pasar Tua Aleppo yang diiktiraf oleh UNESCO dibakar oleh Rejim Basyar


Sunday, 9 June 2013

[USA DALANG REVOLUSI SYRIA?]

Amerika didakwa berada di belakang kebangkitan rakyat Syria? Masih ramai umat Islam terutama di Malysia ragu-ragu dengan perjuangan rakyat Syria selama lebih 2 tahun ini. Berikut adalah ulasan daripada FB Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia:



Bendera FSA, panji asal Syria sebelum Rejim Assad
"Amerika dikatakan menyokong FSA (Free Syria Army). Fahami agenda Kuasa besar sepanjang zaman. Semua kuasa besar barat bermula dengan Portugis/Sepanyol dan saingan-sainganya Belanda, British dan German berhasrat untuk membentuk dominasi dunia (world domination) melalui penjajahan langsung. Pasca perang Dunia ke-2, dua kuasa besar dunia iaitu AS dan Soviet Union terlibat dalam perang dingin untuk meneruskan dominasi tersebut. Dominasi ini tidak lagi dalam bentuk pendudukan ketenteraan tetapi dalam bentuk hegemoni atau 'indirect rule' di mana kedua dua negara membentuk 'politico-military' dominance ke atas negara-negara bangsa yang lain.


Kita menyaksikan pelbagai konflik di beberapa kawasan geo-politik yang bergolak seperti Timur Tengah, IndoChina, Horn of Africa (Somalia, Djibouti, Ethiopia), Timur Jauh (Semenanjung Korea) bermula pada tahun 1950'an sehingga 1980'an. Ini diikuti dengan tewasnya Soviet Union di Afghanistan sekaligus menamatkan kuasa besar dunia itu dan melahirkan satu kuasa unipolar yang diterajui oleh AS. Namun AS meneruskan agenda untuk mengekalkan hegemoni politik antarabangsanya kerana kini saingan hidupnya bukan lagi Blok Timur/Komunis tetapi oleh kebangkitan Islam. Cabaran dari kebangkitan Islam ini terus dibendung dengan membiayai dan menopang regim-regim Arab yang bertindak menekan gerakan Islam di negara masing-masing. Rejim-rejim diktator Arab ini juga menjadi benteng yang ampuh untuk menjamin keselamatan Israel melalui pelbagai perjanjian perdamaian dan hubungan diplomatik yang sentiasa menguntungkan Israel. Diktator Arab ini pula terus kenyang dengan habuan ekonomi dari AS yang bertujuan bukan untuk membangunkan ekonomi negara negara Arab tetapi untuk mengekalkan dinasti keluarga dan rejim yang korup. Amerika yang beriman dengan sistem demokrasi cuba bersungguh untuk memastikan demokrasi dinafikan di negara-negara Arab.

Apakah perjuangan suci rakyat didalangi AS dan Yahudi sebagai  perancangnya?
Kini rejim-rejim korup ini ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Kezaliman tidak dapat dipertahankan. Kezaliman melampau telah menyebabkan rakyat sendiri bangkit untuk mengakhiri penganiayaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat puluhan tahun lamanya. Apabila Amerika sendiri tidak mampu untuk mengekalkan rejim-rejim yang korup ini, maka pendekatan baru harus diambil. Kerana yang penting bukan mengekalkan kerajaan yang korup. Rejim yang korup hanyalah alat bagi mencapai tujuan. 

Apakah tujuan US? 

Polis atau Penakluk Dunia?


Tujuan AS yang paling penting ialah mengekalkan kepentingan ekonomi dan strategik di timur tengah. Kepentingan paling strategik ialah mengekalkan kedudukan Israel. Jadi rejim-rejim korup ini tidak akan dipertahankan apabila ia dilihat tidak mampu ditopang apabila berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat. Strategi terbaik ialah cuba untuk 'ride on the revolution'. AS cuba untuk dilihat memihak kepada rakyat supaya apabila berlaku regime change (pertukaran pemerintahan) kepentingan Amerika tidak terjejas. Sebab itulah kita mendengar bagaimana kebangkitan rakyat Libya bahkan kebangkitan rakyat Mesir yang mana Ikhwanul Muslimin adalah penggerak utamanya dikatakan didalangi atau sebahagian dari agenda US. Walhal ia hanyalah satu strategi untuk cuba mempengaruhi kebangkitan rakyat. Rakyat yang bangkit mahu menumbangkan sistem diktator yang mencengkam mereka selama ini. Siapa pun boleh membuat dakwaan apa sahaja. Yang penting rejim korupsi itu ditamatkan dan rakyat boleh bernafas lega untuk satu perubahan ke arah pemerintahan yang lebih adil dan memulihkan kemuliaan insan yang selama ini dipijak-pijak oleh rejim yang zalim.

Inilah permainan yang dilakukan oleh kelompok yang tidak mahu melihat perubahan di timur tengah termasuk di Syria. Mereka mewarnakan wajah-wajah kebangkitan ini kononnya ia didalangi oleh Barat dan AS. Walhal rakyat bangkit untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Amerika akan cuba mempengaruhi kebangkitan tersebut dengan pelbagai strategi licik mereka, namun rakyat yang akan menentukan samada mereka meraikan atau menolak campur tangan asing. Dan mereka termasuk di Syria lebih bijak dari pengulas-pengulas dan pemerhati di luar sana. Rakyat Syria akan menentukan hala tuju kebangkitan di negara mereka sendiri dan mereka akan memastikan tidak ada tangan-tangan yang ditaja oleh kuasa besar yang akan mengelincirkan perjuangan rakyat untuk membebaskan diri mereka dari penguasaan sesiapapun samada dari bangsa sendiri atau orang asing."


p/s: creadittodrmohdhafidzimohdnooraqsasyarifmalaysia