Monday 17 June 2013

[FATWA DARIPADA MUKTAMAR SYRIA]

" Dengan pendirian yang amat jelas Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap Iran dan Hizbullah (Baca: Hizbu Syaitan)yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah umat Islam di negara ini khususnya menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari rejim Basyar Assad yang zalim

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki .



Muktamar Syria
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.


4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain"

(Syeikh Raed Solah, Pemimpin Gerakan Islam Palestin wilayah 1948 turut hadir dalam muktamar ini dan menegaskan 'Hari ini Damsyik (dibebaskan) esok Baitul Makdis pula!



Dr. Hafidzi Mohd Noor bersama Syeikh Raed Solah
#p/s: credittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

[KENAPA PERLU BOIKOT ISRAEL & PRODUK IRAN? ]


Boikot ke atas agenda Zionis bermula pada tahun 1929, 22 tahun sebelum berdirinya negara haram Israel. Ianya ditujukan kepada kedai-kedai pendatang Yahudi yang beroperasi di wilayah Palestin di bawah mandat British. Jawatankuasa Eksekutif Arab untuk Kongres Syria-Palestin juga telah mengistiharkan boikot pada tahun 1933/1934. Arab Labour Federation (Persekutuan Tenaga kerja Arab) melancarkan boikot ke atas produk Zionis pada tahun 1936. Usaha ini mengambil bentuk yang lebih serius pada 2 Disember 1945 apabila Liga Arab ditubuhkan dan mengistiharkan 

"Jewish products and manufactured goods shall be considered undesirable to the Arab countries." All Arab (institutions, organizations, merchants, commission agents and individuals) were called upon to refuse to deal in, distribute, or consume Zionist products or manufactured goods.


(Produk Yahudi dan barangan pembuatan kilang adalah dianggap tidak dikehendaki di negara-negara Arab. Kesemua rakyat Arab (Institusi, organisasi, peniaga, agen dan individu) diseru untuk enggan berurusan, mengedar atau menggunakan produk dan barangan Zionis).

Boikot telah lama dilaksanakan sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.


Produk-produk Zionis. Adakah anda sudah mulai memboikot mereka?


Pandangan Dr Yusuf al Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia), Syeikh Faisal Maulawi (meninggal 1970; wakil Dewan Fatwa dan Kajian Eropah) dan Guru Besar Syariah Universiti al Azhar, Prof Hussein Shahatah berpendapat boikot adalah senjata yang berkesan pada sepanjang masa, baik pada masa lampau atau di masa sekarang dan akan datang. Kerana tujuan utama boikot ialah sebagai pengajaran dan mendatangkan kesedaran kepada individu dan masyarakat. Maka kesan dari boikot tidak perlu dibangkitkan, samada kecil atau besar impaknya. Ini adalah kerana natijah dari boikot ini akan dirasai pada masa akan datang iaitu terbentuknya satu gelombang kesedaran massa/nasional yang mungkin tidak signifikan pada masa sekarang.



Bam Dates, antara produk Iran yang perlu diboikot

Jadi umat Islam diseru supaya istiqamah dengan boikot Israel dan boikot produk Iran. Kerana objektif utama dari boikot ialah menimbulkan kesedaran. Mudah-mudahan dengan bersabar mendukong kempen boikot ini ia akan menjadi satu saluran tarbiyah yang mempunyai kesan jangka panjang."

#p/s: credittodrhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

Sunday 16 June 2013

SEJARAH BENDERA SYRIA


#p/s: credittofacebookwalluser

[IRAN SEKUTU ATAU SETERU?]

"Rakan FB bertanya jika Iran musuh kepada umat Islam kenapa Iran memusuhi Amerika.

Asasnya amat mudah. Perang dan permusuhan tidak semestinya sehala - melibatkan dua pihak sahaja. Permusuhan atau perseteruan boleh wujud di antara tiga atau lebih pihak. Ini bermakna peperangan boleh berlaku dalam bentuk tiga penjuru atau empat penjuru bahkan lebih.

Di dunia ini hanya ada satu al-Haq (kebenaran/cahaya) tetapi kebatilan ada kepelbagaian. Kebatilan yang pelbagai ini akan cuba mengatasi al-Haq yang satu. Justeru untuk mengalahkan al-Haq yang satu itu, maka kebatilan yang pelbagai ini ada kalanya akan bersama dan ada kalanya akan bermusuhan. Perhubungan di antara kebatilan dengan kebatilan tidak pernah tetap. Mereka boleh berada pada pola yang bertentangan dan adakalanya dilihat bersama walaupun tidak bergabung. Lebih mengelirukan lagi, satu atau lebih kebatilan dilihat mendukong agenda yang sama dengan al-Haq untuk menghadapi musuhnya. Musuh ini pula adalah musuh bersama (common enemy). Bahkan kesamaan tujuan ini dijadikan alasan pula untuk mengajak kepada perpaduan dengan al-Haq untuk menghadapi musuh yang dilabel dengan label-label seperti 'The Great Satan'.
Ismael Haniyeh, Perdana Menteri Palestin,
Ketua Pergerakan HAMAS

Ahmadinejad, Presiden Iran kini












Dengan penjelasan yang ringkas ini kita boleh melihat hubungan atau pertembungan yang wujud di antara pelbagai 'players' di timur tengah. Iran, Hizbullah (Baca: Hizbu Syaitan), HAMAS, Regim Basyar Assad, Israel, Russia, China, US dan sebagainya.

Jadi fahami lah hakikat taghut, tughyan dan jahiliyah. Kesemua kebatilan ini mempunyai topeng yang pelbagai. Al-Haq tidak mengenakan topeng. Al-Haq akan memaparkan wajahnya yang sebenar iaitu semata-mata al-Haq. Sedang kebatilan dalam keadaan tertentu bolih mengenakan topeng al Haq untuk menyembunyikan wajah kebatilannya yang sebenar.

Kembalilah kepada ilmu, bukan sentimen. Berpeganglah kepada fakta, bukan khayal dan andaian."


#p/s: credittodrmohdhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia

SYRIA_GROUND ZERO


Video Syria_Ground Zero


klik sini

Antara isi utama video ini:

Hospital Aleppo Dar As-Syiffa' turut dibom oleh Rejim Basyar
Para doktor akan dibunuh jika membantu mangsa kekejaman Rejim Basyar

Warisan Tamadun Islam, Pasar Tua Aleppo yang diiktiraf oleh UNESCO dibakar oleh Rejim Basyar


KAMI X MAMPU..


Kami x mmpu tukar kerajaan..
Kami x mmpu tukar pemikiran..
Kami x mmpu tukar keadaan...

Kami x mmpu ubah kemiskinan...
Kami x mmpu ubah kejahilan...
Kami x mmpu ubah rasisisme...

Kami x mmpu cipta kemajuan...
Kami x mmpu cipta kegemilangan...
Kami x mmpu cipta sejarah...

TAPI,,

Kami mmpu LAHIRKAN PEMUDA!
Yang mmpu menukar..
Yang mmpu mengubah..
Yang mmpu mencipta..!



MESIR PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN SYRIA TAPI BUKAN DENGAN ISRAEL?


"Ada yang persoal kenapa Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria tetapi masih mengekalkan hubungan dengan Israel.

Jawapannya seperti berikut:

Hubungan diplomatik di antara Mesir dan Syria tidak sama dengan perjanjian damai 'Camp David Accord' di antara Mesir dan Israel.


Adalah hak mana-mana negara yang berdaulat untuk mengadakan mana-mana hubungan diplomatik dengan negara lain, dan berhak pula untuk memutuskan atau menamatkan hubungan tersebut. Tidak ada pihak ketiga yang bolih memaksa atau menghalang untuk sebuah negara menjalin atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Hubungan yang wujud di antara Mesir dan Israel bukan hubungan diplomatik biasa tetapi hubungan yang terhasil dari sebuah perjanjian antarabangsa Camp David Accord yang ditanda tangani oleh Mesir (Anwar Sadat) dan Israel (Menachem Begin) pada tahun 1978 yang di'broker' atau dimudah cara (lebih tepat diawasi/dipantau) oleh US. Ia adalah satu perjanjian yang mengikat dan meletakkan Mesir sebagai sebuah negara yang tidak akan menggugat keselamatan Israel. Ia adalah satu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh US dan dipantau oleh EU (European Union / Kesatuan Eropah). Ia adalah produk sejarah ketika Mesir berada di bawah telunjuk dan menjadi proxy US di timur tengah dengan package ekonomi yang hanya menguatkan cengkaman pemerintahan totalitarian (dictatorship) sejak dari zaman Anwar Sadat sehingga tumbangnya Hosni Mubarak di tangan rakyat Mesir.



Dari kiri: Anwar Sadat, Jimmy Carter dan Begin
Artikel II dari Camp David Accord adalah seperti berikut:

Article II
“The permanent borders between Egypt and Israel are the international and recognized boundary lines between Egypt and the territory of Palestine, which was formerly under mandate, as explained on the map (annex ND2), without this affecting the question of the states of the Gaza Strip. The two parties declare that these borders are inviolable and that each will respect the territorial integrity of the other…”


Rumusan terjemahan:

Sempadan Mesir dan Israel adalah sempadan antarabangsa yang kekal dan diiktiraf.
Pengistiharan ini tidak menyentuh persoalan negeri Gaza
Kedua pihak (Mesir & Isreal) akan menghormati kedaulatan wilayah satu sama lain

Perjanjian Camp David ini amat berat sebelah dan ini bolih dilihat pada peruntukan berikut:

Israel be given “the right of free passage through the Suez Canal and its openings in the Suez Gulf… the Mediterranean…, Straits of Tiran and Aqaba Gulf


Israel diberi hak untuk menggunakan terusan Suez dan pintu masuk di Teluk Suez, Laut Mediterranean, Selat Tiran dan Teluk Aqaba (lihat peta)



Ketika Presiden Morsi memenangi Pilihanraya Presiden, antara kenyataan awal beliau ialah berkaitan dengan perjanjian damai Mesir dan Israel. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa meskipun Mesir mengakui Perjanjian Camp David namun ia tidak bermakna Mesir baru bersetuju dengan syarat perjanjian yang merugikan Mesir dan Palestin. Beliau berikrar untuk melihat Mesir bebas dari belenggu yang mengikat batang lehernya. Namun ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan membatalkan perjanjian tersebut secara sehala. InsyaAllah kesempatan-kesempatan politik dan perubahan sosio-politik timur tengah satu hari nanti akan melihat perjanjian damai Camp David dibatalkan atau syarat-syaratnya dipinda sehingga Mesir mempunyai hak untuk menentukan halatuju hubungan Mesir -Israel termasuklah kemungkinan besar memutuskan hubungan diplomatik dengan entiti Zionis tersebut."


#p/s: creadittodrmohdhafidzimohdnoorpresidenaqsasyarifmalaysia